Senin, 24 Juli 2023

Pakaian Tradisional Masyarakat Portugis

 Pakaian Tradisional Masyarakat Portugis



Portugis merupakan satu lagi golongan etnik yang sinonim dengan negeri Melaka. 


Kehidupan budaya masyarakat Portugis dapat dilihat melalui kemeriahan busananya. Kebanyakan komuniti Portugis ini menetap di Ujong Pasir, Melaka. 


Busana tarian Portugis ini amat mempesonakan.  Busana Portugis dikenali sebagai “Traje de Lavradeira’ oleh masyarakat tempatan. 



Busana wanita terdiri dari scarf  menutup kepala, blouse putih lengan pendek, vest, skirt labuh kembang beropol dan dilapisi apron. Sementara bahagian dalam skirt mempunyai seluar khas berwarna hitam hingga ke paras lutut berhias renda. 


Bagi busana lelaki pula amat ringkas bagi memudahkan pergerakan dengan berseluar panjang hitam berkaki besar berhias pita emas di sisi, baju kemeja lengan panjang berwarna putih, beropol, scarf di leher bertopi hitam dan memakai kasut kulit hitam. Versi merah dianggap sebagai versi 'gembira', dan dipakai oleh wanita yang lebih muda. 



Versi biru atau hijau dipakai pada masa separa berkabung atau kesedihan lain, seperti ketiadaan orang tersayang, dan oleh wanita yang lebih tua.

____

Cat :



 

PopCash.net PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork PopCash.net

Tidak ada komentar:

Posting Komentar